Monday, February 23, 2009

kiamat

salam...


saya berharap para artis dan juga sema
org cepat2lah bertaubat.....bacalah
crita ini....saya dapt dari org lain....

Begini ceritanya... . Sahabat saya tu
seorang guru di salah sebuah sekolah
di Malaysia .
Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan
Cina yang sama mengajar macam dia.
Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca
berita di akhbar Cina
baru-baru ini yang mengatakan ada
seorang bayi cina baru saja lahir dalam
keadaan mulutnye seperti berjahit tapi
takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye
tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat
untuk membedah bayi Cina tersebut.
Ketika dalam pembedahan, mulutnye
berjaya dibedah tapi ada
sesuatu yang amat memeranjat yang
berada di dalam mulut bayi tersebut...
... ... ... . Nak tahu ape dia ??

Doktor yang membedah bayi tersebut
telah menemui sehelai kertas kecil yang
di dalam kandungannye bertulis dalam
tulisan cina..nak tahu tak ape
kandungannye. Dida lam kertas tersebut
telah menyebut dalam tulisan cina
yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia,
sesunggu hnye Hari Kiamat akan
menjelma
tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina
tersebut sebab bayi tersebut memang
sejak
dilahirkan memang mulutnye tertutup .
Jadi tiada bukti mengatakan
ada orang yang meletakkan kertas kecil
tersebut. Jadi memanglah terbukti
bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar
menciptakan bayi tersebut
sedemikian rupa untuk memberi maklumat
kepada manusia tentang ketibaan
hari kiamat..

Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk
memberikan agar bertaubat. Jadi
sesungguhnye Allah sebenarnye masih
sayangkan kita kerana telah
memberi maklumat tersebut...


Adakah anda percaya ?

Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan
pada zaman Rasullulah s.a.w Allah
telah memberikan petunjuk kecil tentang
tanda-tanda hari kiamat sejak
zaman nabi-nabi dulu lagi. Contonhnye
lelaki kawin sama lelaki. Begitulah
sebaliknye. Dan di dalam Al-Qur'an
sendiri telah mengatakan bahawa
tanda-tanda hari kiamat ialah apabila
orang Islam sendiri yang membenci
Islam dan menentangnye. Ini
telahterbukti pada zaman sekarang di
Negara
kita.

Jad i secara amnye... sebenarnye hari
kiamat akan menjelma tidak lama lagi
tapi kita tak tahu bila. Cuma
rasullullah ada menyebut hari kiamat
akan
datang pada hari Jumaat tapi tak tahu
bila... ... ....Tapi kita hairan
kenapa akhbar melayu tiada berita ini.
Ini adalah disebabkan pemerintah
tak mahu akan menjadi kecoh di negara !
ini.
Jadi sama-samalah kita renungkan
bersama sesungguhnye berita itu adalah
merupakan satu bonus daripada Allah
terhadap manusia agar bersiap
sedia... ..untuk menanti ketibaan hari
kiamat... ... .... ... ... ..

Seperkara lagi ialah berkenaan salah
satu tanda kiamat iaitu akan berlaku
gempabumi di tiga tempat .. .timur
tengah, barat dan timur. Waktu itu baru
Turki dan Taiwan . Tup..tup.. Mexico di
landa gempabumi yang dasyhat juga
seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha
pernah berkata sekitar lima tahun
lepas salah satu tanda kiamat akan
berlaku kekecohan di Indonesia dan
Turki. Sama sama kita
renungkan...buktinya jelas makin nyata
dari hari
ke hari...sabarlah menanti... .sekian

Ini adalah keratan email yang dihantar
oleh seorang rakan kepada
saya..oleh itu menjadi tanggungjawab
saya untuk edarkan pada semua..
sekian..Notis dlm Mulut Bayi (pernah
disiarkan di sebuah akhbar berbahasa
Cina)

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat
pun"

(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu
amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul- Nya,maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar."

(Sura h Al-Ahzab:71)



Wallahua'lam

penawar kepenatan pelajar

Penawar di kala kepenatan
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan
tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah
jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri
kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu
kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada
tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali
berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik
tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk
membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya
dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi
membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak
mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w.
pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan
perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila
kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia
adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w.
ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan
dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang
kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.
Katanya "Demi Allah aku tidak pernah
meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu,
suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah
melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33
kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap
malam isitu sebelum melelapkan
mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan
istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu
menyelesaikan bebanan-bebanan hidup
seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah
pada keesokan hari dengan
senyuman.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat
pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu
amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar."

zaman mana kita..?

Pada Zaman Apa Kita Berada ?

Sesungguhnya Allah mengatur alam ini
dengan suatu pengaturan yang rapi dan
tersusun. Penciptaan alam ini ada
mulanya dan ada akhirnya dengan cara
dan masayang telah ditentukan-Nya.

Kita sebagai makhluk hendaknya
menyadari tentang hakikat ini, dengan
merenung hikmah dan pengajaran
disebaliknya agar dapat bertindak tepat
sesuai dengan kehendak Allah.

Oleh karena itu senantiasa ada
peringatan dari Rasulullah SAW untuk
umatnya agar menyadari di zaman apa dia
berada dan bagaimana dia harus
bertindak demi menyelamatkan Iman dan
Islamnya.

Rasulullah SAW bersabda :
"Telah berlaku zaman kenabian keatas
kamu, maka berlakulah zaman kenabian
itu sebagaimana yang Allah kehendaki,

kemudian Allah mengangkat zaman itu.
Kemudian berlakulah zaman khalifah yang
berjalan sepertimana zaman kenabian.

Maka berlakulah zaman kenabian itu
sebagaimana yang Allah kehendaki,
kemudian Allah mengangkatnya.

Kemudian berlakulah zaman pemerintahan
yang menggigit. Berlaku zaman itu
seperti yang Allah kehendaki.

Kemudian Allah mengangkatnya juga,
kemudian berlakulah zaman pemerintahan
diktator (zaman penindasan dan
penzaliman), dan berlakulah zaman itu
sebagaimana yang Allah kehendaki.

Kemudian berlaku pula zaman
khalifahyang berjalan diatas cara hidup
zaman Kenabian"

[H.R. Imam Ahmad, Bazzar dan Attabrani
dari Abu Huzaifah Al-Yamani]

Hadits diatas jelas menunjukkan bahwa
Umat Rasulullah SAW akan menempuh 4
zaman secara bergilir-gilir sebelum
dunia kiamat yakni :

1. Zaman Kenabian (Nubuwwah) dan rahmat
2. Zaman Khulafaurrasyidin dan rahmat
3. Zaman fitnah (kerusakan) dan
kegelapan
4. Zaman Khalifah atau Ummah kedua yang
berjalan diatas cara hidup zaaman
kenabian yakni zaman pemerintahan Imam
Mahdi dan Nabi Isa.

1. Zaman Nubuwwah (Kenabian) dan Zaman
Khulafaurrasyidin atau lebih dikenal
dengan Zmaan Ummah Pertama

Iman umat Islam ketika itu sangat
kukuh. Menyebut nama Allah saja mampu
menggetarkan hati mereka. Cinta dan
takutnya kepada Allah tergambar pada
setiap perkataan dan perbuatan mereka.

Secara umum ciri-ciri zaman ummah
pertama ini dapat diketahui
sebagai berikut :

1. Ibadah mereka sangat banyak. Shalat,
puasa, zikri dan wirid susah ditandingi
banyak dan khusyuknya.

2. Ukhuwah dan kasih sayang sangat
padu, setiap orang mencintai saudaranya
seperti mencintai saudara sendiri.

3. Jihad dan mati syahid menjadi idaman
dan cita-cita. Mereka akan sangat
merasa dukacita jika tidak diizinkan
untuk pergi ke medan jihad.

4. Akhlak menjadi perhiasan diri,
mereka mampu berbuat baik kepada orang
yang berbuat jahat kepada mereka.

5. Masyarakat dan negara Islam dapat
dibangun sehingga layak digelar sebagai
negara yang aman makmur dan mendapat
keampunan Allah.

6. Tamaddun dan pembangunan rohani
mencapai zaman puncaknya.

7. Islam berhasil menaklukkan dua
imperium besar dunia yang sedang
berkuasa saat itu (kerajaan Romawi dan
Persia ) untuk kemudian memayungi ¾
dunia.

2. Zaman Fitnah atau Zaman Kerusakan
Zaman ini merupakan zaman kerusakan dan
kegelapan. Pada zaman ini umat Islam
jatuh kedalam jurang kehinaan yang
berkepanjangan, yang merupakan akibat
dari kelalaian dan angkara murka yang
terjadi di dunia Islam, sehingga Allah
biarkan mereka.

Hal ini sesuai dengan janji Allah bahwa
Allah hanya akan menjadi pembelakepada
orang-orang bertaqwa.

Ciri-ciri zaman fitnah ini adalah :
1. Negara Islam satu persatu mulai
jatuh dan dijajah oleh orang kafir.
2. Akidah umat Islam pada saat itu
sangat rapuh, ada diantaranya Islam di
waktu pagi dan kafir di waktu petang
3. Ibadah sangat lemah, shalat, puasa
dan membaca Al-Qur'an tidak lagi
diamalkan secara bersungguh-sungguh
atau bahkan diamalkan sama sekali.
4. Ukhuwah sesama Islam sangat lemah
sehingga terjadi peperangan dan
pembunuhan sesama umat Islam.
5. Orang kaya sangat bakhil dan pelit,
manakala orang miskin tidak sabar dan
hasad dengki.
6. Penyakit cinta dunia dan takut mati
sangat tebal dan mewabah dalam hati
umat Islam.
7. Kriminalitas dan kemunkaran yang
terjadi dalam masyarakat Islam hampir
tidak ada bedanya dengan apa yang
terjadi di kalangan masyarakat yang
bukan Islam.
8. Akhlak umat Islam sangat lemah
dengan berleluasanya hasad dengki,
umpat mengumpat, tuduh menuduh, caci-
mencaci dan saling mengkafirkan sesama
umat Islam.
9. Wanita-wanita Islam telah dicabut
rasa malunya dengan bertingkah laku
tidak senonoh, menampakkan aurat di
depan umum, menari dan menyanyi tanpa
menjaga maruah diri.
10. Umat Islam terhina di seluruh aspek
kehidupan. Politik, ekonomi,
pendidikan, pengobatan, pertanian, dan
lain-lain, sehingga umat Islam terpaksa
bergantungpada sistem kufur dan isme
buatan manusia.
11. Sedikit demi sedikit cara hidup
umat Islam telah mengikuti cara hidup
orang-orang Yahudi dan Nasrani.
12. Terjadi gejala-gejala buruk dan
keji di tengah-tengah masyarakat Islam
seperti narkoba( dadah) , homoseks,
lesbian, dan lain-lain.

Namun kemunkaran yang sedang terjadi di
zaman fitnah ini tidak melemahkan
keyakinan dan semangat perjuangan
segolongan manusoa yang tetap
pendiriannya.
Mereka bukan saja mampu mempertahankan
identitas Islam di kalangan mereka,
bahkan mereka gigih berjuang untuk
memperbaiki masyarakat.

Inilah golongan-golongan yang lemah
tetapi mempunyai keimanan dan keyakinan
yang kuat dan kukuh serta perjuangan
yang padu.

Rasulullah SAW bersabda :
"Senantiasa ada di kalangan umatku satu
thoifah yang akan menzahirkan kebenaran
dan tidak dapat dibinasakan oleh orang-
orang yang tidak suka disisi mereka
sampailahhari kiamat"

Namun untuk menghidupkan suasana Islam
di tengah-tengah kerusakan dan
kegelapan zaman zaman fitnah ini
bukanlah suatu kerja yang mudah.

Thoifah-thoifah islamiyah ini
senantiasa diuji dan ditentang dengan
berbagai macam fitnah dan ancaman.

Tepat sekali sabda Rasulullah yang
mengatakan bahwa Islam akan kembali
asing.
Namun walaupun begitu, Islam akan
kembali kuat dan memusnahkan segala
bentuk kekkufuran sebagaimana
Rasulullah dulu berhasil melakukannya
yaitu dengan jalan berdakwah dan
mendidik hati manusia.
Inilah langkah-langkah awal menuju
zaman Imam Mahdi dan Nabi Isa yang
merupakan peringkat zaman keempat atau
yang terakhir yang akan dialami umat
Islam sebelum hari kiamat, setelah
sekian lama umat Islam mengalami zaman
fitnah.

3. Zaman Khalifah atau Zaman Ummah
Kedua yakni Pemerintahan Imam Mahdi dan
Nabi Isa

Di zaman ini Islam akan kembali lagi ke
zaman kegemilangan dan keemasannya
seperti di zaman Rasulullah dan
Khulafaurrasyidin. Islam dapat
menguasai dunia dan kembali menjadi
penguasa sejagat.

Rasulullah SAW bersabda :
"Sebelum hari kiamat datang pastilah
Islam itu bangun kembali walaupun
antara mulanya Islam bangun dan mulanya
kiamat hanya sekedar masa memerah susu.

Zaman ini berlaku selama 40 tahun dan
barulah dunia ini akan dibinasakan
(kiamat) oleh Allah"

Kebangkitan Islam zaman ini akan sampai
kepada puncaknya apabila berpadunya
ketinggian kerohanian umat Islam dengan
kecanggihan teknologi di bawah dua
pemimpin besar umat Islam yaitu Imam
Mahdi dan Nabi Isa.

Ciri-ciri zaman ini :
1. Islam dapat mencapai keagungannya
kembali seperti yang telah icapai oleh
Rasulullah SAW 14 abad yang lalu.

2. Dunia seluruhnya akan kembali aman
dan damai, keadilan akan kembali
ditengakkan setelah sekian lama
dipenuhi dengan huru-hara dan
kezaliman.
3. Hati orang-orang miskin dan kaya
dipenuhi dengan sifat redha dan kanaah
sehingga tidak seorangpun yang mau
menerima sedekah.
4. Harta-harta yaang melimpah ruah akan
dibagi-bagikan dengan adil dan merata.
5.Umat Islam hidup dengan penuh kasih
sayang dan cinta-mencintai satu sama
lain.
6.Aqidah, ibadah dan seluruh aspek
kehidupan masyarakat Islam berjalan
sepenuhnya di atas landasan syari'at
Nabi Muhammad SAW.
7.Segala fitnah dan maksiat riba zina
minuman keras dan lain-lain kekufuran
berhasil dprangi & dmusnah

insaf

Setelah didesak berkali-kali, akhirnya
Malik Bin Dinar menceritakan juga
tentang dirinya. Ringkasan ceritanya
adalah seperti berikut :

Dulu, aku memang jahat. Pelbagai
maksiat telah aku lakukan. Antaranya,
aku selalu minum arak. Aku mempunyai
seorang anak perempuan. Aku amat sayang
kepada anakku itu. Dia selalu menggangu
aku ketika aku minum arak. Gelas yang
berisi arak di tanganku selalu
dirampas, lantas dicurahkannya arak itu
ke jubahku. Kerana terlalu sayang
kepadanya, perbuatannya itu tidak
menimbulkan kemarahanku. Aku tak sampai
hati hendak memarahinya, apa lagi
menderanya.

Sesungguhnya kelahiran anakku itu
membawa kebahagiaan dalam keluargaku.
Tetapi amat malangbagiku, anak yang
amat aku kasihi itu telah pulang ke
rahmatullah setelah berusia kira-kira
dua tahun. Aku kehilangan buah hati
yang tiada gantinya lagi. Kematiannya
itu sudah tentu membawa kemuraman dalam
hidupku dan keluargaku.


Dalam suasana hidup yang amat muram
itu, pada suatu malam (menurut riwayat
lain; malam berkenaan ialah malam Nisfu
Sya'aban) aku bermimpi, hari Kiamat
telah tiba dan aku bertemu dengan
anakku itu. Sebelum itu, dalam mimpiku
itu, aku melihat manusia berduyun-duyun
keluar dari kubur masing-masing dan
bergerak ke tempat perhimpunan manusia
di Padang Mahsyar. Aku juga turut
bergerak ke tempat itu.

Tiba-tiba kedengaran di belakangku
suatu bunyi desiran. Aku segera menoleh
ke belakang. Alangkah terkejut dan
takutnya aku, apabila ada seekor naga
yang besar sedang mengangakan mulutnya
yang luas hendak menelan aku. Aku terus
memecut lari dengan sekuat tenaga dan
upayaku sehingga aku terserempak dengan
seorang lelaki tua. Lantas aku segera
meminta pertologan daripada orang tua
itu:

"Wahai bapa, tolonglah aku. Aku dikejar
oleh naga itu," kataku dengan penuh
ketakutan.

"Aku tak berupaya menolongmu. Aku sudah
tua dan lemah," jawab orang tua itu.

"Larilah terus. Mungkin di sana ada
orang yang boleh menolongmu," katanya
lagi.

Aku berlari lagi sehingga sampai ke
sebuah bukit kecil. Bukit itu aku daki
hingga ke puncaknya. Apabila aku
melihat ke bawah, sekali lagi aku
terperanjat besar. Di sebalik bukit
itu, aku lihat api neraka yang besar
sedang menyala dengan marak. Sekarang
aku harus segera membuat pilihan, sama
ada terjun ke dalam api neraka itu atau
menyerah diri untuk ditelan oleh naga
itu.

Dalam keadaan terdesak itu, tiba-tiba
kedengaran suatu suara; "Wahai Malik!
Sebenarnya engkau bukan mangsa api
neraka itu." Dan, apabila aku berpaling
ke belakang, tiba-tiba muncul orang tua
yang aku temui tadi.

"Kasihankan aku, wahai bapa! Tolonglah
aku!" aku merayu-rayu pula kepada orang
tua itu supaya menolong aku.

"Aku sudah tua dan sangat lemah. Tiada
upaya padaku untuk menolongmu," orang
tua itu memberi jawapan yang sama
kepadaku.

"Larilah engkau ke bukit yang satu lagi
itu. Di situ ada kaum Muslimin yang
sentiasa mendapat perlindungan Allah
S.W.T.," kata orang tua itu lagi sambil
menunjukkan jalan ke bukit yang tidak
berapa jauh dari situ.

"Terima kasih, bapa," kataku.

Aku lihat bukit itu sampai ke
puncaknya. Dari puncak bukit itu, aku
dapat melihat sebuah bangunan berkubah
tirus dan tingkap-tingkapnya terbuka,
mempamerkan kain langsir yang amat
indah dan berkilau-kilauan. Aku segera
menghampiri bangunan itu dan cuba
memasukinya.

Tiba-tiba kedengaran satu
suara: "Bukalah pintu! Keluarlah kamu
semua! Barangkali ada antara kamu yang
dapat menolong orang jahat itu."

Selepas itu aku lihat ramai kanak-kanak
keluar dari bangunan itu. Mereka
melihat kepadaku dengan pandangan yang
membayangkan rasa simpati kerana mereka
nampak aku sedang di dalam ketakutan
dikejar oleh naga itu. Tiba-tiba, aku
ternampak anak perempuanku yang sudah
meninggal dunia, ada juga di dalam
kumpulan kanak-kanak itu. Anakku terus
menangis sebaik saja melihat aku,
lantas berlari-lari mendapatkan aku.
Kemudian, dia menghulurkan tangannya ke
arah naga yang mengejar aku itu. Dengan
serta merta naga itu pun menghilangkan
dirinya.Selepas itu aku lihat ramai kanak-kanak
keluar dari bangunan itu. Mereka
melihat kepadaku dengan pandangan yang
membayangkan rasa simpati kerana mereka
nampak aku sedang di dalam ketakutan
dikejar oleh naga itu. Tiba-tiba, aku
ternampak anak perempuanku yang sudah
meninggal dunia, ada juga di dalam
kumpulan kanak-kanak itu. Anakku terus
menangis sebaik saja melihat aku,
lantas berlari-lari mendapatkan aku.
Kemudian, dia menghulurkan tangannya ke
arah naga yang mengejar aku itu. Dengan
serta merta naga itu pun menghilangkan
dirinya. Dengan rasa gembira aku
memangku anakku itu dan dia begitu
senang melurut-lurut janggutku. Sambil
itu dia melafazkan kata-kata yang amat
indah bunyinya :

"Masih belum tiba lagikah masa bagi
orang-orang yang jahil itu menyembah
Allah dan menginsafi petunjuk Allah
terhadap diri mereka?"

Mendengar kata-kata itu, rasa sedih di
hatiku tidak tertahan lagi, lalu aku
menangis kerana menyesali perbuatan
dosa yang telah aku lakukan. Dalam
perbualan antara aku dengan anakku
seterusnya, anakku menerangkan bahawa,
naga yang mengejar aku itu sebenarnya
ialah perbuatan dosa yang telah aku
lakukan. Manakala orang tua itu pula
ialah perbuatan baikku yang telah
menjadi lemah oleh pengaruh dosa aku
yang lebih banyak. Akhirnya, anakku
menerangkan bahawa,kanak- kanak di
dalam bangunan di atas bukit itu ialah
anak-anak kaum Muslimin yang telah
meninggal dunia semasa kecil. Mereka
sedang menunggu ibu bapa mereka untuk
memberi pertolongan yang diperlukan.
Selepas itu, aku pun tersedar daripada
mimpiku itu.

Sejak saat itu, aku betul-betul menjadi
insaf, bertaubat nasuha dan memohon
keampunan daripada Allah S.W.T. Yang
Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Wallahu a'lam.

maafkan daku

Rasulullah SAW bersabda : "Takutlah
ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari
zina. Lelaki berzina lalu taubat,
Allah menerima taubatnya. Sedangkan
Allah tidak mengampuni orang yang
ghibah(mengumpat) sebelum orang yang
diumpat
memaafkannya"...nauzubillah..di
kesempatan ini saye nk minta maaf
kalo2 saye mengumpat atau terumpat
rakan2 scr depan2 atau blkg2..saye
insan yg lemah..sesungguhnya manusia
itu sering lupa dan kerapkali
melakukan kesilapan..skali lg saye
mohon maaf kpd teman2 sume..sampai2kn
lah dan same2 kite mohon maaf ngn
teman2 kite..salam..

wanita n laki2

WANITA ITU LEMAH-UJAR LELAKI
Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....

besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...
kerana lembut , wanita
Tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan
kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan
bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah
sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di
subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata
sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...
di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di
dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai
di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan
anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang
berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di
jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap
lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan
membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan
laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai
layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar
mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti
tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita
sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera
dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin
menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera
bangkit
Meminta lelaki jangan lagi
memperlakukan wanita mengikut adap
tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga
anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus
dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan


'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH
JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH
SESAT'


Tak perlu mencari teman secantik
BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan
YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh
IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa
KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH
S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapt
MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau
MENILAI..... ..

teladan

Pengetahuan bersama........
Di riwayatkan bahawa pada suatu hari
Rasulullah S.A.W
sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang
pemuda Arab masuk ke
dalam masjid dengan menangis. Apabila
Rasulullah S..A.W
melihat pemuda itu menangis maka
baginda pun berkata,
"Wahai orang muda kenapa kamu
menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya
Rasulullah S.A.W,
ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain
kafan dan tidak ada
orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W
memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar
r.a. ikut orang muda
itu untuk melihat masalahnya. Setelah
mengikut orang
itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a.
mendapati ayah orang
muda itu telah bertukar rupa menjadi
babi hitam, maka mereka
pun kembali dan memberitahu kepada
Rasulullah S.A.W,
"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini
bertukar menjadi babi hutan yang
hitam." Kemudian
RasulullahS.A.W dan para sahabat pun
pergi ke rumah orang
muda dan baginda pun berdoa
kepada Allah W.T, kemudian mayat itu
pun tukar kepada
bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para
sahabat menyembahyangkan
mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan,
maka sekali lagi
mayat itu
Berubahmenjadi seperti babi hutan
yang hitam, maka
Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada
pemuda itu, Wahai orang
muda, apakah yang telah dilakukan
oleh ayahmu sewaktu dia di
dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya
ayahku ini tidak
mahu mengerjakan solat." Kemudian
Rasulullah S.A.W
bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang
yang meninggalkan sembahyang. Di hari
kiamat nanti akan
dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti
babi hutan yang
hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang
lelaki yang meninggal
dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-
tiba kain kafan itu
bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu
mereka melihat ada
seekor ular sedang membelit leher
mayat tersebut serta
memakan daging dan menghisap darah
mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh
ular itu, maka berkata
ular tersebut, Laa ilaaha illallahu
Muhammadu Rasulullah,
mengapakah kamu semua hendak membunuh
aku? Aku tidak berdosa
dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T
yang memerintahkan
kepadaku supaya menyeksanya sehingga
sampai hari
kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah
kesalahan yang
telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular,
"Dia telah melakukan tiga kesalahan,
di
antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia
tidak mahu datang untuk
solat
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat
hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat
para ulama.
Maka inilah balasannya".
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD
LAH CERITA KEPADA TEMAN
TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG
BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI
JIKA DIAMALKAN