Monday, February 23, 2009

harga iman 20 sen...? aper...???

Beberapa tahun dahulu, ada seorang
Imam yang berasal dari Thailand telah
dipanggil ke Malaysia untuk menjadi
Imam tetap di sebuah masjid di
Malaysia.
Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut
selalu menaiki bas untuk pergi ke
masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut
membayar tambang dan duduk di dalam
bas, dia tersedar yang pemandu bas
tersebut telah memulangkan wang baki
yang
lebih daripada yang sepatutnya
sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut
memikirkan tentang wang 20 sen
tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?",
Imam tersebut bertanya kepada
dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah
kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli
tosei pun tak cukup", kata Imam
tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam
tersebut menekan loceng dan bas
tersebut pun berhenti. Ketika Imam
tersebut ingin turun sahaja daripada
bas,
tiba-tiba seakan-akan dirinya secara
automatik berhenti dan berpaling ke
arah pemandu bas tersebut sambil
memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi
kamu beri saya wang baki terlebih 20
sen", kata Imam tersebut kepada pemandu
bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak
pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je
nilainya", pemandu bas tersebut
berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang
tersebut bukan milik saya, sebagai
seorang muslim saya wajib berlaku
jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan
berkata, "Sebenarnya saya sengaja
memberi wang baki yang lebih sebanyak
20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu
wahai Imam. Saya sudah berkali-kali
berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan
seluruh jasadnya menggigil dan
kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah
tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan
daku Ya Allah... Aku hampir-hampir
menjual harga sebuah Iman dengan 20
sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang
anda dapat daripada peristiwa di
atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak
melihat dan tahu kesan tindakan kita
terhadap orang lain. Kadang-kadang
manusia akan menganggap kita sebagai
tingkap untuk melihat ke dalam dunia
Islam... Sesungguhnya pada diri
Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh
teladan yang baik.

" DUNIA sebagai ALAT
AKHIRAT sebagai MATLAMAT

No comments:

Post a Comment