Monday, February 23, 2009

insaf

Setelah didesak berkali-kali, akhirnya
Malik Bin Dinar menceritakan juga
tentang dirinya. Ringkasan ceritanya
adalah seperti berikut :

Dulu, aku memang jahat. Pelbagai
maksiat telah aku lakukan. Antaranya,
aku selalu minum arak. Aku mempunyai
seorang anak perempuan. Aku amat sayang
kepada anakku itu. Dia selalu menggangu
aku ketika aku minum arak. Gelas yang
berisi arak di tanganku selalu
dirampas, lantas dicurahkannya arak itu
ke jubahku. Kerana terlalu sayang
kepadanya, perbuatannya itu tidak
menimbulkan kemarahanku. Aku tak sampai
hati hendak memarahinya, apa lagi
menderanya.

Sesungguhnya kelahiran anakku itu
membawa kebahagiaan dalam keluargaku.
Tetapi amat malangbagiku, anak yang
amat aku kasihi itu telah pulang ke
rahmatullah setelah berusia kira-kira
dua tahun. Aku kehilangan buah hati
yang tiada gantinya lagi. Kematiannya
itu sudah tentu membawa kemuraman dalam
hidupku dan keluargaku.


Dalam suasana hidup yang amat muram
itu, pada suatu malam (menurut riwayat
lain; malam berkenaan ialah malam Nisfu
Sya'aban) aku bermimpi, hari Kiamat
telah tiba dan aku bertemu dengan
anakku itu. Sebelum itu, dalam mimpiku
itu, aku melihat manusia berduyun-duyun
keluar dari kubur masing-masing dan
bergerak ke tempat perhimpunan manusia
di Padang Mahsyar. Aku juga turut
bergerak ke tempat itu.

Tiba-tiba kedengaran di belakangku
suatu bunyi desiran. Aku segera menoleh
ke belakang. Alangkah terkejut dan
takutnya aku, apabila ada seekor naga
yang besar sedang mengangakan mulutnya
yang luas hendak menelan aku. Aku terus
memecut lari dengan sekuat tenaga dan
upayaku sehingga aku terserempak dengan
seorang lelaki tua. Lantas aku segera
meminta pertologan daripada orang tua
itu:

"Wahai bapa, tolonglah aku. Aku dikejar
oleh naga itu," kataku dengan penuh
ketakutan.

"Aku tak berupaya menolongmu. Aku sudah
tua dan lemah," jawab orang tua itu.

"Larilah terus. Mungkin di sana ada
orang yang boleh menolongmu," katanya
lagi.

Aku berlari lagi sehingga sampai ke
sebuah bukit kecil. Bukit itu aku daki
hingga ke puncaknya. Apabila aku
melihat ke bawah, sekali lagi aku
terperanjat besar. Di sebalik bukit
itu, aku lihat api neraka yang besar
sedang menyala dengan marak. Sekarang
aku harus segera membuat pilihan, sama
ada terjun ke dalam api neraka itu atau
menyerah diri untuk ditelan oleh naga
itu.

Dalam keadaan terdesak itu, tiba-tiba
kedengaran suatu suara; "Wahai Malik!
Sebenarnya engkau bukan mangsa api
neraka itu." Dan, apabila aku berpaling
ke belakang, tiba-tiba muncul orang tua
yang aku temui tadi.

"Kasihankan aku, wahai bapa! Tolonglah
aku!" aku merayu-rayu pula kepada orang
tua itu supaya menolong aku.

"Aku sudah tua dan sangat lemah. Tiada
upaya padaku untuk menolongmu," orang
tua itu memberi jawapan yang sama
kepadaku.

"Larilah engkau ke bukit yang satu lagi
itu. Di situ ada kaum Muslimin yang
sentiasa mendapat perlindungan Allah
S.W.T.," kata orang tua itu lagi sambil
menunjukkan jalan ke bukit yang tidak
berapa jauh dari situ.

"Terima kasih, bapa," kataku.

Aku lihat bukit itu sampai ke
puncaknya. Dari puncak bukit itu, aku
dapat melihat sebuah bangunan berkubah
tirus dan tingkap-tingkapnya terbuka,
mempamerkan kain langsir yang amat
indah dan berkilau-kilauan. Aku segera
menghampiri bangunan itu dan cuba
memasukinya.

Tiba-tiba kedengaran satu
suara: "Bukalah pintu! Keluarlah kamu
semua! Barangkali ada antara kamu yang
dapat menolong orang jahat itu."

Selepas itu aku lihat ramai kanak-kanak
keluar dari bangunan itu. Mereka
melihat kepadaku dengan pandangan yang
membayangkan rasa simpati kerana mereka
nampak aku sedang di dalam ketakutan
dikejar oleh naga itu. Tiba-tiba, aku
ternampak anak perempuanku yang sudah
meninggal dunia, ada juga di dalam
kumpulan kanak-kanak itu. Anakku terus
menangis sebaik saja melihat aku,
lantas berlari-lari mendapatkan aku.
Kemudian, dia menghulurkan tangannya ke
arah naga yang mengejar aku itu. Dengan
serta merta naga itu pun menghilangkan
dirinya.Selepas itu aku lihat ramai kanak-kanak
keluar dari bangunan itu. Mereka
melihat kepadaku dengan pandangan yang
membayangkan rasa simpati kerana mereka
nampak aku sedang di dalam ketakutan
dikejar oleh naga itu. Tiba-tiba, aku
ternampak anak perempuanku yang sudah
meninggal dunia, ada juga di dalam
kumpulan kanak-kanak itu. Anakku terus
menangis sebaik saja melihat aku,
lantas berlari-lari mendapatkan aku.
Kemudian, dia menghulurkan tangannya ke
arah naga yang mengejar aku itu. Dengan
serta merta naga itu pun menghilangkan
dirinya. Dengan rasa gembira aku
memangku anakku itu dan dia begitu
senang melurut-lurut janggutku. Sambil
itu dia melafazkan kata-kata yang amat
indah bunyinya :

"Masih belum tiba lagikah masa bagi
orang-orang yang jahil itu menyembah
Allah dan menginsafi petunjuk Allah
terhadap diri mereka?"

Mendengar kata-kata itu, rasa sedih di
hatiku tidak tertahan lagi, lalu aku
menangis kerana menyesali perbuatan
dosa yang telah aku lakukan. Dalam
perbualan antara aku dengan anakku
seterusnya, anakku menerangkan bahawa,
naga yang mengejar aku itu sebenarnya
ialah perbuatan dosa yang telah aku
lakukan. Manakala orang tua itu pula
ialah perbuatan baikku yang telah
menjadi lemah oleh pengaruh dosa aku
yang lebih banyak. Akhirnya, anakku
menerangkan bahawa,kanak- kanak di
dalam bangunan di atas bukit itu ialah
anak-anak kaum Muslimin yang telah
meninggal dunia semasa kecil. Mereka
sedang menunggu ibu bapa mereka untuk
memberi pertolongan yang diperlukan.
Selepas itu, aku pun tersedar daripada
mimpiku itu.

Sejak saat itu, aku betul-betul menjadi
insaf, bertaubat nasuha dan memohon
keampunan daripada Allah S.W.T. Yang
Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment