Monday, February 23, 2009

hawa

Adam..... Maafkan aku jika coretan ini
memanaskan
hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau
pinta semasa kesunyian di syurga
dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang
bengkok. Jadi
tidak hairanlah jika perjalanan
hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu, sentiasa
mau terpesong dari
landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang
mentakdirkan kaumku lebih
ramai bilangannya dari kaummu di akhir
zaman, itulah
sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusanNya Jika
bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah
dunia kerana darah manusia, kacau-
bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa
Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu
maka tidak selaraslah undang-undang
Allah yang
mengharuskan Adam beristeri lebih dari
satu tapi tidak
lebih dari empat pada satu waktu.

Adam... Bukan kerana ramainya isterimu
yang membimbangkan aku. Bukan kerana
sedikitnya bilanganmu
yang merunsingkan aku. Tapi... aku
risau,gundah dan
gulana menyaksikan tingkahmu. Aku
sejak dulu lagi
sudah tahu bahawa aku mesti tunduk
ketika menjadi
isterimu. Namun... terasa berat pula
untukku meyatakan isi
perkara.

Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran
ada ayat yang
menyatakan kaum lelaki adalah
menguasai terhadap kaum
wanita. Kau diberi amanah untuk
mendidik aku, kau
diberi tanggungjawab untuk menjaga
aku, memerhati dan
mengawasi aku agar sentiasa didalam
redha Tuhanku dan
Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa
yang sudah terjadi
pada kaumku kini, aku dan kaumku telah
ramai
menderhakaimu. Ramai yang telah
menyimpang dari jalan
yang ditetapkan Asalnya Allah
mengkehendaki aku
tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan,
di pasar-pasar,
di bandar-bandar bukan tempatku. Jika
terpaksa aku
keluar dari rumah seluruh tubuhku
mesti ditutup dari
hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah
lebih dari sepatutnya.

Adam... Mengapa kau biarkan aku
begini? Aku jadi ibu,
aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan
guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang
diwaktu yang
sama, aku ke muka menguruskan hal
negara, aku ke hutan
memikul senjata. Padahal, kau duduk
saja. Ada diantara
kau yang menganggur tiada kerja. Kau
perhatikan saja
aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi
menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau
sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang
kasih sucimu terhadapku?

Adam... Marahkah kau jika kukatakan
andainya Hawa
terpesong, maka Adam yang patut
tanggung! Kenapa?
Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang
berkata jika anak
jahat emak-bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh,
guru yang tidak pandai mengajar! Adam
kau selalu
berkata, Hawa memang degil, tak mahu
dengar kata, tak
mudah makan nasihat, kepala batu, pada
hematku yang
dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya
dirimu, apakah
didikanmu terhadapku sama seperti
didikan Nabi
Muhammad SAW terhadap isteri-
isterinya? Adakah Adam
melayani Hawa sama seperti psikologi
Muhammad terhadap
mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh
dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam... Kau sebenarnya imam dan aku
adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana
kau adalah
ketua. Jika kau benar, maka benarlah
aku. Jika kau
lalai, lalailah aku. Kau punya
kelebihan akal manakala
aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu
nafsuku beribu! Dari itu
Adam....pimpinlah tanganku,
kerana aku sering lupa, lalai dan
alpa, sering aku
tergelincir ditolak sorong oleh nafsu
dan
kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami
kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu
dari Tuhanmu agar
menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad
ke dalam dadaku
agar aku menjadi mujahidah kekasih
Allah.

No comments:

Post a Comment