Monday, February 23, 2009

mAti

Tanda pertama dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh
mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam
akan mendapat tanda ini cuma samada
mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda
ini akan berlaku lazimnya selepas waktu
Asar Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja Disembelih dimana
jika diperhatikan dengan teliti kita
akan mendapati daging tersebut seakan-
akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat
dan bagi mereka yang sedar dan berdetik
di hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang
tidak diberi kesedaran atau mereka yang
hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini
akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang munafaat. Bagi yang sedar
dengan kehadiran tanda ini maka ini
adalah peluang terbaik untuk
Memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun
yang tertulis nama kita akan gugur dari
pokok yang letaknya di atas Arash Allah
SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil
daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat
Maut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi,
mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika. Adapun
Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang
tetapi kuasanya untuk men Cabut nyawa
adalah bersamaan dengan jumlah nyawa
yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang
tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan
orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit hidungnya akan perlahan-lahan
jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke
dalam. Telapak kakinya yang terlunjur
akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan sat u denyutan di
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-
ubun di mana ini menandakan kita tidak
akan sempat untuk menemui waktu Asar
keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke
pinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah
kita terus mengucap kalimah syahadah
dan berdiam diri dan menantikan
kedatangan malaikatmaut untuk menjemput
kita kembali kepada Allah SWT yang
telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula. Sesungguhnya
mengingati mati itu adalah bijak
forward this buletin...may ALLAH SWT
bless you.

No comments:

Post a Comment