Monday, February 23, 2009

tazkirah

Doa malaikat Jibril menjelang
Ramadhan, "Ya Allah tolong abaikan
puasa ummat Muhammad, apabila sebelum
memasuki bulan Ramadhan dia tidak
melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak
memohon maaf terlebih dahulu kepada
kedua orang tuanya (jika masih ada); *
Tidak bermaafan terlebih dahulu antara
suami isteri; * Tidak bermaafan
terlebih dahulu dengan orang-orang
sekitarnya. Maka Rasulullah pun
mengatakan Amin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa
adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan
adalah Rasullullah dan para sahabat ,
dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh
itu saya mohon maaf jika saya ada
berbuat kesalahan, baik yang
disengajakan mahupun yang tidak
disengajakan , semoga kita dapat
menjalani ibadah puasa dengan
sempurna...amin

bila engkau memandang segalanya dari
Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang
menimpakan ujian, yang menjadikan sakit
hatimu, yang membuatkan keinginanmu
terhalang, serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu, kerana
masakan ALLAH sengaja mentakdirkan
segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
bukan ALLAH tak tahu, deritanya
hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin
itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu
hati yang sebeginilah yang selalunya
lebih lunak dan mudah untuk dekat dan
akrab denganNYA..."

No comments:

Post a Comment