Monday, February 23, 2009

penawar kepenatan pelajar

Penawar di kala kepenatan
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan
tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah
jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri
kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu
kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada
tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali
berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik
tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk
membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya
dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi
membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak
mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w.
pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan
perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila
kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia
adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w.
ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan
dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang
kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.
Katanya "Demi Allah aku tidak pernah
meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu,
suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah
melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33
kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap
malam isitu sebelum melelapkan
mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan
istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu
menyelesaikan bebanan-bebanan hidup
seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah
pada keesokan hari dengan
senyuman.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat
pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu
amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar."

No comments:

Post a Comment