Monday, February 23, 2009

teladan

Pengetahuan bersama........
Di riwayatkan bahawa pada suatu hari
Rasulullah S.A.W
sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang
pemuda Arab masuk ke
dalam masjid dengan menangis. Apabila
Rasulullah S..A.W
melihat pemuda itu menangis maka
baginda pun berkata,
"Wahai orang muda kenapa kamu
menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya
Rasulullah S.A.W,
ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain
kafan dan tidak ada
orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W
memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar
r.a. ikut orang muda
itu untuk melihat masalahnya. Setelah
mengikut orang
itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a.
mendapati ayah orang
muda itu telah bertukar rupa menjadi
babi hitam, maka mereka
pun kembali dan memberitahu kepada
Rasulullah S.A.W,
"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini
bertukar menjadi babi hutan yang
hitam." Kemudian
RasulullahS.A.W dan para sahabat pun
pergi ke rumah orang
muda dan baginda pun berdoa
kepada Allah W.T, kemudian mayat itu
pun tukar kepada
bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para
sahabat menyembahyangkan
mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan,
maka sekali lagi
mayat itu
Berubahmenjadi seperti babi hutan
yang hitam, maka
Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada
pemuda itu, Wahai orang
muda, apakah yang telah dilakukan
oleh ayahmu sewaktu dia di
dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya
ayahku ini tidak
mahu mengerjakan solat." Kemudian
Rasulullah S.A.W
bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang
yang meninggalkan sembahyang. Di hari
kiamat nanti akan
dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti
babi hutan yang
hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang
lelaki yang meninggal
dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-
tiba kain kafan itu
bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu
mereka melihat ada
seekor ular sedang membelit leher
mayat tersebut serta
memakan daging dan menghisap darah
mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh
ular itu, maka berkata
ular tersebut, Laa ilaaha illallahu
Muhammadu Rasulullah,
mengapakah kamu semua hendak membunuh
aku? Aku tidak berdosa
dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T
yang memerintahkan
kepadaku supaya menyeksanya sehingga
sampai hari
kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah
kesalahan yang
telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular,
"Dia telah melakukan tiga kesalahan,
di
antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia
tidak mahu datang untuk
solat
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat
hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat
para ulama.
Maka inilah balasannya".
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD
LAH CERITA KEPADA TEMAN
TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG
BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI
JIKA DIAMALKAN

No comments:

Post a Comment